Sunday, February 22, 2009

Tugasan 3:Pengunaan teks dalam rekabentuk


Dengan hanya menggunakan teks, ianya boleh menghasilkan satu rekabentuk yang menarik. Kenapa tidak? Dengan hanya menggunakan beberapa jenis tulisan sahaja, ianya boleh membentuk sesuatu.


Lebih menarik, terdapat satu website yang membuat teks yang menarik iaitu wordle. Aplikasi ini sangat menarik membuatkan wawa sangat rajin untuk membuat rekabentuk tulisan melalui website ini.

Namun begitu, ianya juga biasa digunakan dalam sesuatu penjenamaan. Contohnya yang terdapat pada logo organisasi yang menjadi mercu kebanggaan organisasi terbabit.

Tugasan 2: Penggunaan Multimedia dalam Bidang Pendidikan


Memetik ilham daripada sebuah buku hasil nukilan Jamaluddin Harun & Dr. Zaidatun Tasir yang bertajuk Multimedia Dalam Pendidikan sebagai rujukan bagi tugasan ini, multimedia merupakan satu kemudahan teknologi bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. kemudahan multimedia termasuklah penggunaan grafik, audio, video, animasi dan sebagainya. Dengan adanya penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ini, sistem pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih menarik.