Sunday, January 11, 2009

siapa aku adanya..




assalamualaikum..nama saya Nurul Salwa Safinas bt Bahar dan saya lebih gemar menggunakan nama WAWA, nampak lebih mesra sikit.. Wawa berasal dari Muar, Johor. Wawa dilahirkan di Muar pada 22 March 1986 dan merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik beradik.. Cita-cita Wawa? Wawa nak jadi seorang yang berjaya dalam bidang periklanan..Kenapa?Wawa mula minat dalam periklanan sejak belajar salah satu subjek yang ditawarkan di Universiti, iaitu Periklanan Elektronik..Wawa sangat enjoy masa belajar subjek tu dulu.

Wawa merupakan pelajar di salah satu institusi yang terkenal iaitu Universiti Utara Malaysia dari jurusan Komunikasi dan mengambil kursus tumpuan dalam bidang teknologi. Ini merupakan semester akhir wawa bergelar pelajar universiti..Wawa menetap di Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary. Banyak juga yang wawa belajar sepanjang bergelar pelajar universiti ni, tentang pelajaran dan juga persahabatan.. Semua kenangan ni Wawa takkan lupakan sampai bila-bila.

Blog ini dihasilkan sebagai tugasan individu Wawa bagi subjek CCT2013 Media Integratif. Wawa harap wawa dapat A dalam subjek ni.

Sampai sini sahaja untuk kali ni.. Assalamualaikum..