grafik, audio dan video adalah satu bentuk persembahan media yang sangat menarik yang mampu menarik perhatian kita melalui gambar yang statik, bergerak dan disertakan sekali dengan bunyi yang menarik.
Apa yang saya faham mengenai grafik adalah sesuatu perembahan yang dapat dilihat pada mata kasar dimana ianya boleh dilihat pada sekeping kertas, kanvas, dan apa jua pada permukaan yang nyata. contohnya seperti gambar berikut:
Audio pula adalah satu sistem bunyi yang boleh diselaraskan samaada kuat ataupun perlahan. Ia adalah sesuatu yang boleh didengar oleh manusia. Ianya tidak dapat dilihat, tetapi hanya boleh didengar. Contohnya bunyi alam sekitar, lagu dan sebagainya. Contohnya lagu
Katy Perry-Hot n Cold
Video pula adalah sesuatu yang boleh dilihat, dan boleh di dengar. Ia adalah sesuatu gambar yang bergerak yang mana penonton boleh memahami dari satu cerita ke cerita yang lain. Contohnya :
MCR- Vampires will never hurt you
Friday, April 3, 2009
Monday, March 30, 2009
jenis tulisan
Sunday, February 22, 2009
Tugasan 3:Pengunaan teks dalam rekabentuk
Dengan hanya menggunakan teks, ianya boleh menghasilkan satu rekabentuk yang menarik. Kenapa tidak? Dengan hanya menggunakan beberapa jenis tulisan sahaja, ianya boleh membentuk sesuatu.
Lebih menarik, terdapat satu website yang membuat teks yang menarik iaitu wordle. Aplikasi ini sangat menarik membuatkan wawa sangat rajin untuk membuat rekabentuk tulisan melalui website ini.
Namun begitu, ianya juga biasa digunakan dalam sesuatu penjenamaan. Contohnya yang terdapat pada logo organisasi yang menjadi mercu kebanggaan organisasi terbabit.
Namun begitu, ianya juga biasa digunakan dalam sesuatu penjenamaan. Contohnya yang terdapat pada logo organisasi yang menjadi mercu kebanggaan organisasi terbabit.
Tugasan 2: Penggunaan Multimedia dalam Bidang Pendidikan
Memetik ilham daripada sebuah buku hasil nukilan Jamaluddin Harun & Dr. Zaidatun Tasir yang bertajuk Multimedia Dalam Pendidikan sebagai rujukan bagi tugasan ini, multimedia merupakan satu kemudahan teknologi bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. kemudahan multimedia termasuklah penggunaan grafik, audio, video, animasi dan sebagainya. Dengan adanya penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ini, sistem pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih menarik.
Sunday, January 11, 2009
siapa aku adanya..
assalamualaikum..nama saya Nurul Salwa Safinas bt Bahar dan saya lebih gemar menggunakan nama WAWA, nampak lebih mesra sikit.. Wawa berasal dari Muar, Johor. Wawa dilahirkan di Muar pada 22 March 1986 dan merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik beradik.. Cita-cita Wawa? Wawa nak jadi seorang yang berjaya dalam bidang periklanan..Kenapa?Wawa mula minat dalam periklanan sejak belajar salah satu subjek yang ditawarkan di Universiti, iaitu Periklanan Elektronik..Wawa sangat enjoy masa belajar subjek tu dulu.
Wawa merupakan pelajar di salah satu institusi yang terkenal iaitu Universiti Utara Malaysia dari jurusan Komunikasi dan mengambil kursus tumpuan dalam bidang teknologi. Ini merupakan semester akhir wawa bergelar pelajar universiti..Wawa menetap di Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary. Banyak juga yang wawa belajar sepanjang bergelar pelajar universiti ni, tentang pelajaran dan juga persahabatan.. Semua kenangan ni Wawa takkan lupakan sampai bila-bila.
Blog ini dihasilkan sebagai tugasan individu Wawa bagi subjek CCT2013 Media Integratif. Wawa harap wawa dapat A dalam subjek ni.
Sampai sini sahaja untuk kali ni.. Assalamualaikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)